REMBAU: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan kini mendahului empat calon lain di Parlimen Rembau.
Setakat pukul 7.15 petang ini dan selepas lapan peti undi dikira, Mohamad kini memperoleh sebanyak 1,143 undi.
Calon Pakatan Harapan (PH), Jufitri Joha pula mendapat 86 undi diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus mendapat 680 undi.
Calon Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Ramly Awalludin pula mendapat 11 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Tinagaran sebanyak satu undi.
Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Parlimen Rembau bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan di Dewan Sri Rembau di sini. –UTUSAN