KUALA LUMPUR: Penyandang kerusi Parlimen Batu, P. Prabakaran memintas calon Perikatan Nasional (PN), Azhar Yahya dengan majoriti undi 9,362.
Setakat pukul 11.30 malam, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Parlimen Batu menyaksikan Prabakaran mendapat undi sebanyak 16,656, manakala Azhar memperoleh 7,294.
Selain itu, calon Barisan Nasional, Datuk A. Kohilan Pillay meraih undi sebanyak 3,322 dan calon Bebas, Tian Chua hanya 1,946 undi.
Parlimen Batu mempunyai 113,863 orang pengundi berdaftar.
Pada PRU14, kerusi itu disandang oleh Prabakaran yang ketika itu bertanding sebagai calon Bebas dengan majoriti 24,438 undi.- UTUSAN