JOHOR BAHRU: Calon Barisan Nasional (BN), Noor Azleen Ambros mendahului kiraan undi di Parlimen Pasir Gudang sehingga pukul 8.10 malam ini.
Noor Azleen meraih 3,210 undi mengatasi penyandang kerusi Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim daripada Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 3,162 undi.
Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Farid Abdul Razak meraih 2,867 undi, manakala calon Gerakan Tanah Air (GTA) memperoleh 102 undi.
Setakat ini, sebanyak 27 peti daripada keseluruhan 334 peti undi sudah dikira.- UTUSAN