[TIDAK RASMI] Dzulkefly diekori rapat Tengku Zafrul di Kuala Selangor - Utusan Malaysia

[TIDAK RASMI] Dzulkefly diekori rapat Tengku Zafrul di Kuala Selangor

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad bersaing sengit dengan calon Barisan Nasional (BN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam perebutan kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Setakat pukul 8.30 malam, Dzulkefly memperoleh 3,021 undi, hanya 152 undi mengatasi Tengku Zafrul yang memperoleh 2,869 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Noor Mohd. Sahar mengikuti rapat dengan 1,691 undi manakala calon Pejuang, Abdul Rahim Tahir ketinggalan dengan 321 undi.

Setakat pukul 8.40 malam tadi, sebanyak 4,531 undi telah dikira, berbanding 160,558 jumlah pengundi berdaftar.

Kerusi itu sebelum ini disandang oleh Dzulkefly dengan majoriti 8,498 undi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya