PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Pakatan Harapan (PH), Liew Chin Tong ketinggalan di Parlimen Iskandar Puteri.
Calon Barisan Nasional (BN), Jason Teoh Sew Hock memperoleh sebanyak 420 undi berbanding 30 undi yang diraih Chin Tong, setakat pukul 6.15 petang tadi.
Parlimen Iskandar Puteri menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara PH, BN dan Perikatan Nasional (PN). –UTUSAN