TAMPIN: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa kini mendahului tiga calon lain di Parlimen Tampin.
Setakat pukul 8.40 malam dengan 23 peti undi dikira, Mohd. Isam kini memperoleh sebanyak 2,693 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Halim Abu Bakar mendapat 2,645 undi diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Faiz Fadzil pula mendapat 2,206 undi, manakala Zamani Ibrahim daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mendapat 116 undi.
Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Parlimen Rembau bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan di Dewan Perdana Tampin di sini.- UTUSAN