SEREMBAN: Calon Pakatan Harapan (PH) Anthony Loke Siew Fook mendahului empat calon lain di Parlimen Seremban.
Setakat pukul 8.50 malam dan selepas sebanyak 41 peti undi dikira Anthony memperoleh 9,055 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Fadli Che Me mendapat undi 2,757 dan dikuti Calon Barisan Nasional (BN), Felicia Wong Yin Ting mendapat 2,471.
Calon Pejuang, Mohamad Jani Ismail mendapat undi sebanyak 130 dan calon Bebas, Mohd. Izzat Lesley mendapat 38 undi.
Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Parlimen Seremban bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dijalankan di Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS). – UTUSAN