PETALING JAYA: Calon Pakatan Harapan (PH), Anthony Loke Siew Fook jauh meninggalkan pesaingnya apabila meraih 10,377 undi di Seremban setakat pukul 8 malam.
Pencabar terdekatnya, calon Barisan Nasional (BN), Felicia Wong Yin Ting meraih 2,794 undi, diikuti calon Perikatan Nasional (PN), Fadli Che Me dengan 2,303 undi.
Calon Pejuang, Mohamad Jani meraih 135 undi manakala calon Bebas, Izzat Lesly meraih 70 undi. – UTUSAN