KUALA TERENGGANU: Calon Perikatan Nasional di Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendahului dengan majoriti selesa sebanyak 3,691 undi setakat pukul 8.30 malam ini.
Beliau memperoleh sebanyak 6,919 undi mengatasi calon Barisan Nasional, Datuk Mohd. Zubir Embong (3,286), calon Pakatan Harapan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah (2,517) dan calon Pejuang, Mohamad Abu Bakar Muda (66).
Setakat ini, sebanyak 35 peti undi telah dikira di pusat penjumlahan undi Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri di sini.
Terdapat 123,305 pengundi berdaftar di Parlimen Kuala Terengganu.Pada PRU-14, Ahmad Amzad Hashim menang di Parlimen itu dengan majoriti 14,773 undi.- UTUSAN