Tian Chua digesa tarik diri bertanding, elak pengundi keliru  - Utusan Malaysia

Tian Chua digesa tarik diri bertanding, elak pengundi keliru 

TIAN CHUA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua perlu menarik diri sebagai calon Bebas di Parlimen Batu dan memberi sokongan penuh kepada perjuangan Pakatan Harapan (PH).

Penyandang kerusi Parlimen Batu, P.  Prabakaran berkata, setiap ahli perlu mengikuti keputusan muktamad parti mengenai peletakan calon untuk bertanding di Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menurut beliau, masih ada masa untuk bekas Ahli Parlimen Batu itu menarik balik untuk bertanding, kerana ia hanya menguntungkan pihak lawan sekiranya pemecahan undi berlaku.

“Tindakan ini akan memecahbelahkan pengundi di Parlimen Batu. Pengundi akan keliru.  Tian Chua sudah dua penggal di sini, 20 tahun dalam parti dan perjuangannya dalam parti sudah banyak tetapi ini membuktikan beliau terpaksa keluar daripada perjuangan itu untuk agenda masing-masing.

“Saya rasa tidak adil bagi PKR dan PH, tindakan parti untuk memecat beliau adalah satu keputusan yang semalam saya dengar daripada Presiden, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Apa paling saya risau adalah tindakan itu akan memecahkan undi,” katanya ketika ditemui pemberita di sebuah restoran di Sentul.

Sebelum ini, Tian Chua hadir ke pusat penamaan calon sebagai calon Bebas selepas PH mengekalkan Prabakaran.

Tian Chua mendakwa,  penyertaaan beliau sebagai calon Bebas adalah untuk mengelakkan kerusi Parlimen tersebut jatuh ke pihak lawan, dan disebabkan janjinya kepada masyarakat Batu untuk kembali berkhidmat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya