Tawaran Padu BN garis 99 usaha jadikan Malaysia berkemajuan

Tawaran Padu BN garis 99 usaha jadikan Malaysia berkemajuan tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) menawarkan tawaran baharu iaitu Perancangan Amal dan Usaha Barisan Nasional untuk Malaysia atau Padu yang mengariskan 99 usaha menjadi panduan dalam mengemudi tanah air ini menjadi negara berkemajuan tinggi.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Padu merupakan tawaran baharu yang segar atau daripada BN kepada rakyat Malaysia yang tidak sekadar janji-janji manis dan indah serta bukan tentang segala-galanya percuma serta pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi.

Justeru itu katanya, kewujudkan kestabilan politik dengan membentuk sebuah kerajaan yang kuat dan menguruskan Malaysia agar menjadi sejahtera dan makmur merupakan dua keutamaan BN jika diberikan mandat dalam PRU15.

“Padu bukan janji-janji manis dan indah. Padu bukan tentang segala-galanya percuma. Padu bukan tentang pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi.

“Tetapi, Padu adalah pelan yang serius dan rasional. Pelan yang mempunyai sasaran yang jelas. Dan pelan yang BN akan amal dan usahakan dengan sebaiknya demi kemaslahatan semua, Insya-Allah,” katanya dalam pengumuman Manifesto BN hari ini.

Menurut Ahmad Zahid lagi, Padu memfokuskan kepada lima idea besar yang mendasari tawaran utama iaitu penyelesaian nasional yang komprehensif bagi menjawab pelbagai isu paling mendesak seperti kos kehidupan dan sara hidup yang tinggi.

Selain itu, BN bertekad untuk melakukan beberapa pembaharuan yang radikal dan bersifat struktural dalam negara ini dan menampilkan keterangkuman dan pengiktirafan kerencaman.

“Perkara keempat, Padu adalah satu penggandaan usaha untuk kita meletakkan asas-asas penting untuk mencipta masa depan yang lebih baik untuk semua dan kelima iaitu perlunya kerajaan yang kuat dan stabil dengan pasukan kerja yang terbaik,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya