MUAR: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mempertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Pencalonan Syed Saddiq diumumkan Pengarah Pilihan Raya Muda, Amira Aisya Abd. Aziz malam tadi.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu merupakan penyandang kerusi Parlimen Muar.
Pada PRU14, Syed Saddiq yang merupakan calon Pakatan Harapan (PH) daripada Bersatu menewaskan penyandang kerusi Parlimen Muar, Datuk Seri Razali Ibrahim (Barisan Nasional) dan Abdul Aziz Talib (Pas) dengan majoriti 6,953 undi.
Selain Parlimen Muar, Muda mengumumkan empat calonnya yang bertanding, iaitu Muhammad Danial Abdul Majeed di kerusi Parlimen Kepala Batas; Siti Rahayu Baharin (Tanjong Karang), Lim Wei Jiet (Tanjung Piai) dan Shahrizal Denci bagi Kota Marudu. – UTUSAN