Siapapun yang bertanding tentu ingin menang - Dr Ahmad Idham - Utusan Malaysia

Siapapun yang bertanding tentu ingin menang – Dr Ahmad Idham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seperti calon lain, selebriti dan calon PEJUANG bagi kerusi Parlimen Port Dickson, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri, 48, turut menaruh harapan untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, kata Idham, dia menyerahkan kepada kebijaksanaan pengundi kerana sebagai rakyat, mereka berhak menentukan siapa yang wajar menerajui kepimpinan di setiap kawasan.

“Mana-mana calon yang bertanding, mestilah menyimpan harapan untuk menang. Apa yang boleh dikatakan, semua bergantung kepada keputusan pengundi.

“Secara peribadi, saya sudah lakukan yang terbaik untuk buktikan dan tonjolkan kemampuan saya kepada pengundi di Port Dickson.

“Saya juga sudah tawarkan kesediaan untuk berkhidmat kepada masyarakat menerusi pengalaman dan data yang saya ada,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi.

Selain itu, kata pelakon filem Pencuri Hati Mr Cinderella ini lagi, jika kemenangan berpihak kepadanya, sudah tentu dia akan meneruskan segala usaha dan kerja demi rakyat.

“Saya tidak memiliki kepentingan dalam mana-mana parti politik dan bergerak dengan badan bukan kerajaan (NGO). Kalau menang, saya akan buat kerja.

“Kalau sebaliknya, saya tetap akan terus buat kerja untuk menjadikan Port Dickson sebagai hub pendidikan khas yang pertama di Malaysia.

“Saya juga berusaha memperbaiki segala infrastruktur di Port Dickson supaya lebih mesra Orang Kurang Upaya (OKU). Mereka juga berhak dapat kemudahan awam yang lebih baik di Port Dickson ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya