Sepanyol mampu jadi pemusnah

Sepanyol mampu jadi pemusnah

Pemain Sepanyol, Carlos Soler meraikan jaringan gol menentang Costa Rica semalam yang berakhir dengan kemenangan 7-0. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Permulaan pasukan Sepanyol disifatkan perkara baik buat mereka pada edisi Piala Dunia 2022 apabila berjaya meledak tujuh gol semasa menentang Costa Rica di Stadium Al Thumama.

Sepanyol mendahului tiga gol hasil jaringan Dani Olmo pada minit ke-11 diikuti ledakan Marco Asensio 10 minit kemudian dalam babak pertama.

Skuad La Roja ketika ini berada dalam kedudukan selesa apabila Ferran Toress menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-31.

Sepanyol merupakan pasukan pertama yang berjaya mencatat rekod dengan melengkap­kan lebih 500 hantaran (537) sepanjang babak pertama sejak tahun 1966.

Pada minit ke-54, Torres menambah jaringan peribadi beliau untuk skuad yang dikendalikan oleh Luis Enrique dengan gerakan solo dalam kotak penalti Costa Rica.

Benteng Costa Rica terus dibolosi jentera serangan Sepanyol apabila Gavi menjadi pemain ketiga termuda menjaringkan gol di Piala Dunia.

Jaringan gol Sepanyol tidak berakhir di situ, malah terus membolos gawang lawan apabila dua gol lagi dijaringkan menerusi Carlos Soler dan Alvaro Morata pada minit ke-90 dan 92.

Sepanyol mendahului Jepun yang sebelum ini kalahkan Jerman 2-1 dan kini di tempat pertama dalam kumpulan. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya