Senarai calon bertanding PH kekal setakat ini

Senarai calon bertanding PH kekal setakat ini

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada majlis peluncuran Tawaran Harapan di Hotel Wyndham Acmar, Klang, Selangor hari ini-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Pakatan Harapan (PH) setakat ini akan mengekalkan semua barisan calonnya yang akan bertanding di semua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya berpuas hati dengan barisan calonnya meskipun BN serta Perikatan Nasional (PN) menampilkan calon-calon popular yang akan bertanding.

“Apapun, dunia politik ini penuh dengan kejutan. Apapun setakat ini, kita masih kekal dengan keputusan yang sudah dibuat,” katanya ringkas selepas melancarkan Tawaran Harapan di Hotel Wyndham Acmar, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar mensasarkan pakatannya memenangi 112 kerusi Parlimen bagi membolehkan mereka mendapat kerusi majoriti, sekaligus menjadi Kerajaan Pusat tanpa memerlukan kerjasama daripada mana-mana gabungan politik lawannya.

Justeru itu, beliau berharap rakyat Malaysia dapat memberi peluang kepada PH sekali lagi memenangi Putrajaya.

“Kita nak bersihkan institusi kerajaan yang selama ini kotor daripada pihak yang pernah menjadi kerajaan sebelum ini.

“Saya tahu perkara ini bukan mudah, jadi seluruh ahli PH perlu bekerja keras supaya perkara ini dapat direalisasikan,” tegasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya