Saya tidak akan bersara - Tun M - Utusan Malaysia

Saya tidak akan bersara – Tun M

TUN Dr. Mahathir Mohamad ketika menjawab soalan peserta pada majlis penutup Forum CEO 2022 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di Pusat Konvensyen Times Square di sini hari ini. -UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak berhasrat untuk bersara daripada politik sekalipun berdepan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau yang juga Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) berkata, khidmat baktinya itu akan diteruskan selagi masih diperlukan.

“Saya bekerja untuk negara bukan diri sendiri, selagi saya boleh, saya tolong.

“Tugas saya untuk selamatkan Malaysia dan orang Melayu terutamanya,” katanya kepada pemberita selepas berucap dalam Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 2022 di Pusat Konvensyen Berjaya Times Square di sini hari ini.

Sebelum ini, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi pada PRU15.

Beliau turut menaruh harapan untuk meneruskan kemenangan di kerusi disandangnya itu.

Dalam pada itu, Mahathir tidak menganggap isu sabotaj dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) akan memberi kelebihan kepada GTA.

“Kita tidak peduli masalah parti lain, terpulanglah sama ada nak sokong GTA atau tidak,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya