Saya tandatangan surat Aku Janji BN, bukan UMNO - Khairy

Saya tandatangan surat Aku Janji BN, bukan UMNO – Khairy

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Barisan Nasional (BN) Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin tampil menafikan kewujudan surat Aku Janji yang tular di media sosial ketika ini.

Jelasnya, beliau hanya menandatangani surat yang menggunakan lambang BN dan bukannya UMNO.

“Aku Janji yang tular itu memang tak betul yang kononnya ditandatangani Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah atas lambang UMNO.

“Kita bertanding atas BN, kita tandatangan Aku Janji yang ada kaitan dengan lompat parti dan kesetiaan kepada parti atas lambang BN, itu yang saya tandatangan.

“Tak ada saya tandatangan surat menggunakan lambang UMNO seperti mana ditularkan,” katanya dalam sidang media yang disiarkan secara langsung di Facebook miliknya.

Malah, katanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon Perdana Menteri mewakili BN.

“Calon Perdana Menteri adalah Ismail Sabri, itu adalah pendirian BN yang diumumkan oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sendiri.

“Undi BN, dapat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Sepucuk surat UMNO tular di media sosial apabila ia memaparkan tandatangan Ahmad Zahid dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, menyatakan ikrar calon UMNO dan BN yang menang pada PRU15 untuk mencalonkan serta menyokong Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya