Saya sumbangkan semua gaji - Amirudin Shari

Saya sumbangkan semua gaji – Amirudin Shari

AMIRUDIN Shari mengumumkan Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad 5 Tahun di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Calon Pakatan Harapan Parlimen Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari akan menyumbangkan keseluruhan gajinya ke dalam Dana Komuniti Gombak untuk pemantapan infrastruktur tempatan di kawasan tersebut.

Itu adalah antara salah satu tawaran dalam Deklarasi Gombak Bermaruah 5 Tekad Untuk 5 Tahun yang diumumkan Pengerusi PH Selangor itu hari ini.

Jelas Amirudin, Dana Komuniti Gombak itu akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menaik taraf dan mewujudkan infrastruktur lebih baik untuk penduduk Gombak khususnya dalam aspek kesihatan, sukan dan ekonomi.

“Saya akan menyumbangkan semua gaji selaku ahli Parlimen dan insya-Allah jika saya masih kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ada jawatan dalam kerajaan negeri akan turut disumbangkan ke dalam tabung ini.

“Saya juga akan menjemput pihak swasta atau mereka yang mahu menyumbang ke dalam tabung ini selain peruntukan yang dipertanggungjawabkan pihak kerajaan negeri.

“Saya percaya, dana ini sangat berguna untuk membangunkan insfrastruktur dan komuniti serta prasarana bagi manfaat rakyat,”ujarnya Pengerusi PH Selangor itu ketika ditemui dalam majlis pengumuman deklarasi itu di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak di sini hari ini.

Dalam deklarasi yang diumumkan, Amirudin turut memberi fokus kepada empat pembangunan lain termasuk penyediaan rumah mampu milik, peningkatan sektor ekonomi tempatan dan peluang pendidikan serta pekerjaan bermaruah.

Amirudin menambah, tawaran tersebut disenaraikan hasil pertemuan dan mendengar isi hati pengundi Gombak yang rata-rata mengharapkan satu perubahan drastik meliputi pelbagai aspek dapat dilaksana.

“Pelbagai isu yang dibangkit akan dapat diselesaikan sekiranya perancangan yang ditawarkan dalam deklarasi yang diumumkan dapat dilaksana. Penempatan semula penduduk Gombak, penyediaan rehat dan rawat (R&R) yang lebih selesa untuk e-hailing antara yang dibentangkan.

“Malah, dari sudut ekonomi, kita menawarkan pembangunan usahawan muda dan wanita termasuk menggalakkan penguasaan pertanian. Dari aspek pendidikan pula, kita menawarkan bantuan kepada pelajar yang tercicir sewaktu pandemik,”katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya