Saya sudah isytihar harta ke SPRM -KJ

Saya sudah isytihar harta ke SPRM -KJ

KHAIRY Jamaluddin (tengah) ketika sidang media selepas Program Penerangan COVID-19 @ PERHEBAT di Dewan Syarahan Kompleks PERHEBAT, Paya Jaras, di sini, hari ini. -UTUSAN / MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin berkata, pengisytiharan harta kebiasaannya akan dibuat selepas lantikan jemaah menteri.

Bagaimanapun, Khairy berkata, beliau pernah mengisytiharkan hartanya sewaktu memegang portfolio Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sebelum ini.

“Bagi saya, pengisytiharan harta, kita buat semasa lantikan ke jemaah menteri dan saya sudah isytihar harta ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Perkara tersebut dipaparkan dalam laman sesawang SPRM sewaktu saya dilantik sebagai Menteri MOSTI semasa kerajaan lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Program Penerangan Covid-19 @ PERHEBAT di Dewan Syarahan Kompleks PERHEBAT, Paya Jaras, di sini, hari ini.

Tambahnya, pengisytiharan harta dan jumlah aset beliau masih ada di dalam laman sesawang SPRM.

Terdahulu, media melaporkan calon Parlimen Pandan yang juga Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mengisytiharkan RM18,851,350 sebagai aset bersih beliau setakat 31 Oktober tahun ini.

Pengisytiharan itu dibuat susulan syarat PKR supaya calonnya dalam pilihan raya umum 19 November ini berbuat demikian.

Sementara itu, Khairy yang juga Menteri Kesihatan berkata situasi Covid-19 di negara ini masih terkawal meskipun terdapat peningkatan kes.

“Keadaan masih terkawal biarpun kes meningkat tetapi kebanyakkan kes masih kategori 1 dan 2A, maksudnya ringan atau tiada gejala langsung,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya