'Saya mahu kembalikan kegemilangan Pasir Gudang yang tertangguh' - Utusan Malaysia

‘Saya mahu kembalikan kegemilangan Pasir Gudang yang tertangguh’

NOOR AZLEEN AMBROS bertekad membalas kepercayaan parti dengan memberikan kemenangan kepada BN di Parlimen Pasir Gudang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Susuk pemimpin muda ini memang sentiasa dihiasi dengan senyuman manis.

Malah, tuturnya menyapa orang ramai sentiasa lembut dan beradap, membuatkan ramai yang menyenangi Noor Azleen Ambros.

Ketika diberi tugasan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang berusia 37 tahun ini menanamkan tekad untuk bekerja gigih bagi membayar kepercayaan itu dengan kemenangan dalam misi merampas semula kerusi Parlimen Pasir Gudang daripada Pakatan Harapan (PH).

“Ada beberapa misi yang ingin saya bawa untuk Pasir Gudang. Yang pertamanya, ingin mengembalikan kegemilangan Pasir Gudang yang tertangguh hampir lima tahun lalu kerana di bawah wakil rakyat PH.

“Sekiranya diberikan mandat memimpin rakyat di Pasir Gudang, kita akan sambung pelbagai perancangan yang telah dibuat oleh BN di sini.

“Kita akan perkasakan semula kerangka ekonomi dan bangunkan banyak projek, sekali gus dapat memberi manfaat terhadap kehidupan rakyat, khususnya untuk warga Pasir Gudang,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Azleen turut berikrar  akan mengamalkan politik khidmat bakti untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

DNA BN

“Politik khidmat bakti ini memang ‘DNA’ BN sejak dahulu dan saya akan teruskan bagi membantu rakyat berbilang kaum di Pasir Gudang.

“Seiring dengan perkembangan semasa, warga Pasir Gudang bukan sahaja mahukan pemimpin muda, malah segar dengan idea dan pendekatan serta mempunyai perspektif baharu dalam menyelesaikan pelbagai isu.

“Jadi, ini yang saya akan bawa dalam kempen-kempen dan ‘walkabout’ semasa bertemu dengan para pengundi Pasir Gudang,” katanya.

Pada PRU15, Noor Azleen mencabar penyandang kerusi berkenaan, Hassan Abdul Karim yang memenangi kerusi itu dengan majoriti 24,726 undi pada PRU14.

Turut mencuba nasib ialah calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Farid Abdul Razak dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mohammad Raffi Beran.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya