Saifuddin setuju debat dengan dua calon Parlimen Indera Mahkota  - Utusan Malaysia

Saifuddin setuju debat dengan dua calon Parlimen Indera Mahkota 

SAIFUDDIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bersetuju menyertai program debat dengan dua lagi calon di kerusi itu yang dijadual pada 15 November ini.

Difahamkan, debat itu akan membabitkan Saifuddin, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Quek Tai Seong dan calon Pakatan Harapan (PH), Zuraidi Ismail yang bertanding pada Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Saifuddin berkata, beliau sudah bersedia untuk menyertai debat bagi menjelaskan situasi dan keadaan semasa untuk dinilai masyarakat di sini.

Menurut beliau, cara itu boleh meningkatkan kemahiran dan kefahaman pengundi terhadap situasi politik pada ketika ini. 

“Saya sudah ditanya oleh seseorang tentang perkara ini (debat) dan sudah bersedia untuk menyertainya.  

“Dimaklumkan juga, selepas ini kemungkinan ada penganjur yang akan datang bertemu saya dan saya telah mengosongkan jadual pada tarikh yang dicadangkan itu,” katanya ketika ditemui di Star City di sini hari ini.

Saifuddin berkata, jemputan rasmi mengenai debat  belum diterima namun beliau bersetuju menyertainya bagi menyuburkan amalan demokrasi. 

“Jika debat ini diadakan, kita berharap ia dapat berjalan lancar dan setiap calon dapat menyampaikan pandangan mereka secara bernas. 

“Ini peluang untuk pengundi melihat apakah tawaran yang disampaikan oleh calon-calon bertanding. Selepas itu, pengundi boleh menilai siapa calon yang menawarkan sesuatu yang lebih rapat di hati dan sanubari mereka,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya