Saarani tidak tahu sebab Ustaz Kazim tarik diri saat akhir

Saarani tidak tahu sebab Ustaz Kazim tarik diri saat akhir

SAARANI Mohamad berucap pada majlis pengumuman calon PRU15 Barisan Nasional Perak di Ipoh hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Barisan Nasional (BN) Perak tiada maklumat berhubung keputusan pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim menarik diri pada saat akhir daripada bertanding mewakili BN di Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ini kerana setakat petang semalam, pendakwah itu sudah bersetuju untuk dicalonkan.

Menurutnya,  malah nama Mohd. Kazim  sudah diumumkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pengumuman di Kuala Lumpur malam tadi.

Beliau berkata, watikah sebagai calon BN di Parlimen Larut untuk Mohd. Kazim juga sudah disediakan.

“Saya tidak tak ada maklumat atau jawapan bagi alasan mengapa beliau menarik diri.

“Semalam saya berada di Pejabat UMNO (negeri), lebih kurang pukul 1 pagi, saya mendapat maklumat beliau menarik diri (sebagai calon), itu sahaja yang saya tahu. 

“Alasannya mengapa, itu kena tanya dia,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pengumuman calon BN Perak di sini hari ini.

Terdahulu, Saarani mengumumkan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Larut, Mohd. Shafiq Fhadly Mahmud sebagai calon baharu BN di Parlimen Larut.

Sepatutnya, Mohd Kazim bakal berhadapan calon Perikatan Nasional (PN) Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.

Sebelum ini, Mohd Kazim pernah menolak pelantikan sebagai anggota Majlis Tertinggi UMNO pada Disember 2013.

Parlimen Larut merangkumi tiga DUN iaitu DUN Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau.

Pada PRU14, Hamzah menang Parlimen Larut atas tiket BN sebelum keluar parti itu untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya