KOTA BHARU: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Rosmadi Ismail menjadi individu ke-998 yang menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di saluran tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Bemban, di sini, hari ini.
Rosmadi tiba di pusat pengundian itu pada pukul 10.10 pagi dengan mengenakan pakaian berwarna biru.
Selepas menjalankan tanggungjawab itu beliau meluangkan masa beramah mesra dengan pengundi yang hadir ke SK Sri Bemban.
Pada PRU15, Rosmadi berdepan saingan daripada Datuk Seri Takiyuddin Hassan (Pas), Dr. Hafidzah Mustaqim (Pakatan Harapan), Prof. Datuk Dr. Che Musa Che Omar (GTA), Andy Tan (PRM) dan Bebas, Izat Bukhari Ismail Bukhari. –UTUSAN