[RASMI] BN rampas semula Kuala Pilah - Utusan Malaysia

[RASMI] BN rampas semula Kuala Pilah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Calon Barisan Nasional (BN) Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hassan menang di Parlimen Kuala Pilah menewaskan empat calon lain.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senaling berjaya merampas semula Parlimen itu dengan majoriti 6,483 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Eddin Syazlee Shith, yang juga penyandang Parlimen itu mendapat  11,560 undi

Calon Pakatan Harapan (PH) Nor Azman Mohamad (14,940),calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Kamarulzaman Kamdias (406) dan wakil Parti Warisan, Datuk Azman Idris (333).

Keputusan itu diumum oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Kuala Pilah, Mohd. Faizal Abdul Manap di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Parlimen Kuala Pilah di Dewan Dato’ Bahaman di sini sebentar tadi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), kerusi Parlimen Kuala Pilah dimenangi oleh Eddin Syazlee dengan majoriti tipis 200 undi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya