[RASMI] BN rampas kembali Parlimen Tampin - Utusan Malaysia

[RASMI] BN rampas kembali Parlimen Tampin

MOHD. Isam Mohd. Isa diumumkan sebagai pemenang kerusi Parlimen Tampin dengan majoriti 1,276 undi.-UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tampin dari Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 1,276 dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengumuman dibuat oleh Pengurus Pilihan Raya Parlimen Tampin, Daing Muhamad Rahimi Abdul Hamid di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi Parlimen Tampin di Dewan Perdana Tampin di sini pada pukul 10.48 malam tadi. 

Mohd Isam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh berjaya mendapat 23,283 undi dengan menewaskan tiga calon lain.

Mereka ialah calon Pakatan Harapan (PH), Faiz Fadzil (22,007 undi); calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Halim Abu Bakar (14,962 undj) diikuti calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Zamani Ibrahim (781) undi.

Peratus pengundian sebanyak 76.4 peratus dan kertas undi ditolak sebanyak 781. 

Mohd. Isam berkata, bukan mudah untuk merampas kembali Parlimen Tampin lebih-lebih lagi persaingan sengit dengan calon PH.

“Berbagai perasaan, sedih, suka dan terharu. Bukan mudah untuk merampas kembali Parlimen Tampin dan saya sangat bersyukur apa yang kita perjuangkan sebelum ini iaitu Tampin for Tampin dapat direalisasikan.

“Saya ucapkan terima kasih kepada kepimpinan yang memberi peluang kepada saya dan saya sudah berjaya membuktikan dapat merampas kembali Tampin. Saya akan teruskan agenda pembangunan ahli Parlimen (BN) sebelum ini.

Menurut beliau lagi, pilihan raya sudah berakhir dan semuanya diharap dapat merapatkan kembali saf, tak perlulah bergaduh.

“Kita fokus kestabilan negara, kemakmuran negara. Kita nak bina negara supaya lebih maju di masa masa akan datang,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kerusi Parlimen Tampin dimenangi oleh Datuk Dr. Hasan Baharom (PH) dengan majoriti  sebanyak 1,002  undi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya