IPOH: Barisan Nasional (BN) gagal mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid apabila mendapat 14, 380 undi.
Calon BN, Datuk Maslin Sham Razman menerima 10, 814 undi, diikuti Dr. Ahmad Termizi Ramli (Pakatan Harapan) 10,356 undi manakala calon GTA, Dr. Yusmalia Mohamad Yusof 204 undi dan hilang deposit.
Pada PRU14, calon BN, Datuk Mastura Mohd. Yazid menang Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti 731 undi. – UTUSAN