Rakyat boleh percaya janji BN, bukan PH - Shahril - Utusan Malaysia

Rakyat boleh percaya janji BN, bukan PH – Shahril

SHAHRIL SUFIAN HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rakyat diminta tidak tertipu kali kedua dengan janji-janji Pakatan Harapan (PH) seperti menghapuskan tol bagi memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, menjelang hari pengundian 19 November, rakyat perlu matang membuat perbandingan sewaktu PH memerintah dan ketika BN memerintah.

“PRU15 PH tampil dengan janji sama mahu menghapuskan tol. Terpulang kepada  rakyat mahu  percaya atau tidak dan rakyat boleh pilih untuk percaya apa yang telah pun dibuat.

“Yang BN telah buat dan rakyat boleh percaya ialah mengurangkan kadar tol di empat lebuh raya (AKLEH, GCE, LKSA, SILK) dan  dua lagi (Lekas, Besraya) bermula Januari tahun depan,” katanya menerusi WhatsApp, semalam.

Terdahulu, PH melancarkan manifestonya yang antaranya berjanji untuk menurunkan kadar tol Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) jika gabungan itu kembali ke Putrajaya.

Ikrar tersebut adalah sebahagian daripada inisiatif yang dinyatakan PH ketika mereka menyertai PRU14 pada 2018.

Mengulas lanjut, Shahril  mengingatkan rakyat bahawa banyak lagi  jasa lain yang BN telah laksanakan sewaktu memerintah dahulu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya