Rafizi mahu Sivarasa pertahan Sungai Buloh

Rafizi mahu Sivarasa pertahan Sungai Buloh

rafizi
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengesyorkan partinya mengekalkan R. Sivarasa sebagai calon bagi kerusi Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, kata Rafizi, presiden parti, Anwar Ibrahim mempunyai pandangan berbeza mengenai perkara itu.

“Tetapi akhirnya, keputusan muktamad terletak pada Anwar,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.

Sivarasa memenangi kerusi Sungai Buloh pada PRU 2018 dengan majoriti 26,634 undi, menewaskan Nuridah Salleh daripada Pas.

Bagi PRU15, PKR menggantikan Sivarasa dengan bekas bendahari agung MIC R Ramanan sebagai calonnya di kawasan itu.

Rafizi berkata, PKR menjalankan proses dalaman yang teliti untuk memilih calon, justeru ahli parti dan akar umbi perlu mara dan tidak memikirkan nama yang digugurkan.

PKR dikritik kerana menggugurkan bekas Ahli Parlimen seperti Sivarasa dan Maria Chin Abdullah, yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya, sebelum pembubaran Parlimen.

Penganalisis memberi amaran langkah ini boleh menimbulkan krisis dalam parti dan mengecewakan penyokongnya.

Bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua turut kecewa dengan keputusan menggugurkan bekas Ahli Parlimen dalam PRU15.

Beliau memberi amaran merombak Ahli Parlimen dan kerusi seperti kad akan mengecewakan akar umbi parti dan pengundi yang menyokong PKR serta wakil rakyat mereka.

Selain Maria dan Sivarasa, Johari Abdul (Sungai Petani), Natrah Ismail (Sekijang), June Leow (Hulu Selangor), Tan Yee Kew (Wangsa Maju), Dr Lee Boon Chye (Gopeng) dan Chan Ming Kai (Alor Setar) juga tidak akan mempertahankan kerusi mereka untuk PKR.

Difahamkan, Lee dan Tan memaklumkan parti, mereka merancang bersara daripada politik.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya