Putra bertanding 34 kerusi Parlimen, 15 DUN guna tiket GTA

Putra bertanding 34 kerusi Parlimen, 15 DUN guna tiket GTA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mengumumkan bertanding 34 kerusi Parlimen dan 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah tiket Gerakan Tanah Air (GTA).

Perkara itu diumumkan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali pada Majlis Pengumuman Calon PRU15 GTA – Parti Pejuang Tanah Air, hari ini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sembilan Parlimen di Kelantan, manakala 11 DUN di Perak dan empat DUN di Pahang.

“Bagaimanapun, sembilan kerusi di Kelantan menggunakan lambang Putra sebagai strategik Pilihan Raya untuk memastikan kemenangan GTA.

“Saya nak ketengahkan calon boleh menang dan saya ucapkan terima kasih kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad dan rakan sekutu dalam GTA yang memberi kepercayaan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya