KANGAR: Jentera parti UMNO di Padang Besar akan membantu Datuk Zahida Zarik Khan yang tidak dapat menyertai kempen PRU15 kerana masih berada dalam tempoh edah. Ketua Puteri UMNO itu masih berada dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari sebagaimana yang ditetapkan hukum Islam bila seseorang wanita kematian suami. Suami kepada Zahida meninggal dunia pada pertengahan Ogos lalu. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Besar, Azizan Sulaiman berkata, jentera parti sedia untuk terus memberi komitmen penuh bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang di Parlimen Padang Besar.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya