PRU15: Rosol calon PN Parlimen Hulu Terengganu 

PRU15: Rosol calon PN Parlimen Hulu Terengganu 

MUHYIDDIN Yassin mengangkat tangan Rosol Wahid selepas diumum bertanding di Parlimen Hulu Terengganu pada program Jejalah Prihatin dan Pelancaran Jentera PRU15 PN peringkat negeri di Kuala Berang, Hulu Terengganu.-UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU : Timbalan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Rosol Wahid diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Parlimen Hulu Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 November ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PN , Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berucap pada program Jelajah Prihatin dan Pelancaran Jentera PRU15 PN  peringkat negeri, di Kuala Berang di sini, malam tadi.

“Saya hendak tengok (Parlimen) Hulu Terengganu diisytiharkan memang (PRU15). Calon yang bertanding tidak lain dan tidak bukan ialah Rosol Wahid untuk Hulu Terengganu. 

“Sepatutnya esok (hari ini) diisytihar (calon-calon PN Terengganu), tetapi kerana dia calon Bersatu, mewakili PN di kawasan Hulu Terengganu. Biar saya isytihar,” katanya. 

Rosol yang juga penyandang kerusi Parlimen akan berhadapan dengan tiga pencabar iaitu calon Barisan Nasional (BN), Datuk Rozi Mamat; calon Pakatan Harapan (PH), Alias Ismail dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Mohd. Khadri Abdullah.

Sebelum ini, Bersatu berhasrat untuk bertanding di dua kerusi Parlimen di negeri ini iaitu Hulu Terengganu dan Besut, namun pucuk pimpinan PN Terengganu memutuskan Bersatu diberikan satu kerusi Hulu Terengganu dan Besut ditandingi Pas.

Pada PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) memperoleh sebanyak 30,925 undi menewaskan calon Pas, Muhyidin Abdul Rashid (28,057 undi) dan calon PKR, Datuk Razali Idris (3.374 undi).

Bagaimanapun, Rosol memutuskan keluar daripada UMNO dan menyertai Bersatu pada 14 Disember 2018 dengan memberi alasan rakyat terutama pengundi di Parlimen Hulu Terengganu tidak menikmati pembangunan dan dipinggirkan selepas lebih enam bulan PRU14 berlalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya