PRU15: Razarudin tinjau proses pengundian di Seremban - Utusan Malaysia

PRU15: Razarudin tinjau proses pengundian di Seremban

RAZARUDIN Husain (dua dari kanan) melakukan tinjauan di pusat pengundian di SJKC Sin Hua, Rasah di Seremban hari ini.-UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini turut meninjau perjalanan proses pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di beberapa buah pusat pengundian di negeri ini.

Antara pusat mengundi yang dilawati beliau ialah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Hua, Rasah dekat sini.

Beliau yang tiba kira-kira pukul 10.10 pagi itu turut diiringi oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof.

Razarudin meluangkan masa kira-kira 20 minit di pusat pengundian tersebut yang mempunyai 10 saluran mengundi.

Beliau kemudian beredar dan seterusnya ke sebuah lagi pusat mengundi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Semarak, Nilai, di sini.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya