MACHANG: Pakatan Harapan (PH) Kelantan mahu memenangi kesemua kerusi Parlimen di negeri ini sekali gus membantu mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pengerusinya, Muhammad Husain berkata, Anwar masih lagi mempunyai ‘aura’ untuk membawa perubahan ke arah yang lebih baik berbanding pentadbiran sebelum ini. “Kalau orang lain tidak boleh mencukupkan (kerusi yang dimenangi), biarlah Kelantan dapat mencukupkannya kerana kita tahu rakyat mahukan gelombang perubahan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Memperkenalkan Calon PRU15 PH Kelantan di Kampung Membunga, Machang malam tadi. Muhammad berkata,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya