PRU15: Nor Azman akui bukan tugas mudah di Kuala Pilah - Utusan Malaysia

PRU15: Nor Azman akui bukan tugas mudah di Kuala Pilah

PRU15: Nor Azman akui bukan tugas mudah di Kuala Pilah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Kuala Pilah, Nor Azman Mohamad mengakui tidak berhadapan tugas mudah dalam usaha merampas kembali kerusi tersebut.

Jelasnya, walaupun PH memenanginya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu namun ekoran keluarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dari gabungan parti berkenaan, Kuala Pilah terlepas kepada Perikatan Nasional (PN).

“Memang bukan tugas mudah dan saya perlu kerja keras, PRU15 kali ini adalah untuk mengekalkan kemenangan PH pada 2018  yang lalu. Langkah Sheraton membuatkan ramai pengundi di Kuala Pilah kecewa.

“Kali ini, kami berpegang kepada keyakinan bahawa undi kepada PH iaitu undi asas tidak lari apabila terdapat jumlah pemilih yang didaftar secara automatik, mungkin ada peralihan undi juga berbanding PRU14,” katanya kepada pemberita di pekan Bukit Gelugor, Juasseh .

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan berkata,  semua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Kuala Pilah ini menjadi tumpuannya pada kempen pada kali ini. 

“Semua kawasan perlu jadi tumpuan disebabkan realitinya di Kuala Pilah ini kita bukan terlalu kuat sangat,  PH hanya memenangi satu kerusi sahaja iaitu, DUN Pilah manakala empat DUN lagi dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) bahkan pada PRU14, kerusi ini dimenangi dengan majoriti 200 undi sahaja,” katanya.

Nor Azman akan disaingi oleh empat calon yang lain iaitu penyandangnya, Datuk Eddin Syazlee Shith mewakil PN,  Datuk Adnan Abu Hassan (BN), Kamarulzaman Kamdias ( Parti Pejuang Tanahair) dan Datuk Azman Idris (Parti Warisan Sabah).

Eddin Syazlee yang bertanding atas tiket PKR pada PRU14 menang dengan majoriti tipis 200 undi. Bersatu yang diwakilinya ketika itu merupakan anggota PH.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya