PRU15: Negeri Sembilan cuti pada 18 November - Utusan Malaysia

PRU15: Negeri Sembilan cuti pada 18 November

KERAJAAN Negeri Sembilan mengumumkan pemberian cuti umum pada 18 November 2022 bagi menggalakkan rakyat negeri ini keluar mengundi pada PRU15.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian cuti umum pada 18 November ini iaitu sehari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab Malik berkata, cuti umum tersebut adalah untuk menggalakkan rakyat negeri ini membuat persiapan dan mengundi pada 19 November 2022 ini.

“Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan yang bersidang pada 9 November 2022 telah bersetuju untuk memberikan cuti umum pada 18 November 2022 (Jumaat) sehari sebelum PRU15.

“Cuti umum ini adalah untuk menggalakkan rakyat Negeri Sembilan membuat persiapan dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi dalam PRU15 pada 19 November 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya