PRU15: Mohd. Jelani semangat mengundi pada usia 97 tahun

PRU15: Mohd. Jelani semangat mengundi pada usia 97 tahun

MOHD. Jelani Mat Akhir dibantu petugas setelah selesai mengundi di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin di Pokok Sena. -UTUSAN/JAMLIAH ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

POKOK SENA: Pada usia 97 tahun dan di sebalik kurang upaya kerana kudung kaki, Mohd. Jelani Mat Akhir tetap bersemangat untuk mengundi di Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, di sini.

Tiba di pekarangan pusat pengundian itu di samping isteri, Siti Aishah Ahmad, 81, dan cucunya, Mohd. Akmal Hakim Mohd. Rosli, 30, warga emas dari Kampung Masjid Lama itu sanggup berjalan menggunakan tongkat beberapa meter sebelum menerima kerusi roda daripada petugas.

Menurut Mohd. Akmal Hakim, datuknya itu sudah bersiap seawal selepas solat Subuh untuk keluar mengundi.

“Datuk tak pernah terlepas mengundi sejak dahulu lagi walaupun sekarang dia tak ada kaki sebelah dan kurang sihat kerana sudah berusia tetapi tetap nak datang mengundi.

“Awal pagi datuk telefon ingatkan saya datang untuk menjemput awal. Waktu tiba tadi dia sanggup nak berjalan dari luar ke dalam mulanya, nasib baik dapat kerusi roda, “ katanya ketika ditemui di pekarangan kolej berkenaan hari ini.

Menurut Mohd. Akmal Hakim, datuknya mengalami kecacatan sejak 15 tahun lalu setelah terlibat dalam kemalangan.

“Waktu itu datuk menunggang motosikal untuk ke masjid sebelum kemalangan dengan kereta yang mengakibatkan kaki kanannya terpaksa di potong,” katanya.

Di Parlimen Pokok Sena, penyandangnya, Datuk Mahfuz Omar menghadapi pertembungan empat penjuru iaitu Noraini Md. Salleh daripada Warisan; Datuk Ahmad Yahaya (Perikatan Nasional) dan Noran Zamini Jamaluddin (Barisan Nasional).

Sebanyak 112,529 pengundi biasa daripada keseluruhan 114,838 pengundi berdaftar di Parlimen itu. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya