PRU15: Khairy hormati teguran PM, fokus kemenangan BN

PRU15: Khairy hormati teguran PM, fokus kemenangan BN

KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar ketika berucap pada program Selangkah ke Menara Gading di UiTM Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor.-UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menghormati teguran Perdana Menteri supaya tidak membincangkan soal pemilihan UMNO sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menteri Kesihatan itu berkata, teguran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sememangnya betul dan beliau perlu fokus untuk memenangi BN.

“Pemilihan UMNO tidak sepatutnya dibincangkan dalam tempoh berkempen ini dan memang kita fokus kepada PRU15.

“Saya rasa hanya satu daripada soalan yang ditanya dalam satu temubual semalam, namun, saya tidak terlalu tumpu kepada isu itu,” katanya pada program Selangkah ke Menara Gading di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam di sini, petang tadi.

Program anjuran Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) yang dihadiri lebih 600 pelajar sekolah menengah itu bertujuan memperkasakan pendidikan ke tahap lebih tinggi.

Terdahulu, Ismail Sabri  mengingatkan UMNO kini adalah waktu menumpukan sepenuh perhatian memenangi PRU15 dan bukannya sibuk memikirkan soal pemilihan parti.

Beliau menegaskan UMNO mempunyai tempoh enam bulan selepas PRU15 untuk mengadakan pemilihan parti seperti diluluskan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan isu siapa bakal dipilih menjadi kepimpinan tertinggi parti hanya menyebabkan perbalahan dalaman parti.

Jelas Khairy, niat beliau hanya mahu rakyat melihat muka muka baharu dan menandakan satu peremajaan dalam BN.

Dalam pada itu, beliau berkata, penerimaan rakyat Sungai Buloh terhadap BN semakin positif sepanjang tempoh kempen yang berbaki dua hari.

“Saya akan terus berkempen pada esok dan lusa untuk turun padang di kawasan yang belum sempat dilawati.

“Kini, saya menyerahkan sepenuhnya kepada pengundi untuk membuat keputusan yang tepat dan terbaik,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya