PRU15: Kemenangan parti tidak ditentukan oleh kajian penyelidik - Utusan Malaysia

PRU15: Kemenangan parti tidak ditentukan oleh kajian penyelidik

MOHD. Nazree Mohd. Yunus (dua dari kanan) dan isterinya, Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhamad menunggu giliran mengundi di pusat pengundian SMK Taman Seri Pagi, Senawang, Seremban hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pilihan yang dilakukan oleh para pengundi adalah faktor mutlak yang akan menentukan kemenangan parti dan calon dalam pilihan raya umum.

Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Parlimen Rembau, Mohd. Nazree Mohd. Yunus berkata, kemenangan tidak ditentukan oleh kajian atau tinjauan oleh pelbagai pihak yang membuat pelbagai kesimpulan.

Pada akhirnya, kata beliau, pilihan yang dibuat oleh rakyat pada hari pengundian menentukan kemenangan atau sebaliknya.

“Sebab itu sejak pilihan raya diadakan kempen diadakan untuk meminta  rakyat keluar mengundi. Ia adalah satu tanggungjawab nasional kepada semua rakyat yang layak mengundi,” katanya selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seri Pagi di Senawang dekat sini.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan PN Negeri Sembilan tiba di situ kira-kira pukul 10.15 pagi dengan ditemani isterinya, Dr. Nurul Asiah Fasehah Muhamad.

Selesai mengundi, beliau sempat bersalaman dengan orang ramai sebelum beredar meninjau pusat mengundi dalam kawasan Parlimen Rembau.

Nazree berkata, tanpa menafikan kajian yang dilakukan badan penyelidikan, semua calon yang bertanding mempunyai peluang yang sama untuk menang.

“Kita telah melihat keputusan-keputusan yang di luar jangkaan dalam pilihan raya lalu dan ia boleh berlaku kali ini. Sebab itu, kami para calon tanpa mengira parti tetap meminta para pengundi keluar mengundi kerana undi mereka mungkin membantu calon pilihan masing-masing,” ujarnya.

egasnya, jangan kerana ramalan badan kajian menyebabkan pengundi tidak bersemangat menunaikan tanggungjawab mereka.-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya