Proses perolehan ditangguh selepas Parlimen bubar - KASA 

Proses perolehan ditangguh selepas Parlimen bubar – KASA 

KEMENTERIAN Alam Sekitar dan Air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memaklumkan segala proses perolehan ditangguhkan selepas pembubaran Parlimen pada 10 Oktober lalu termasuk berkaitan Projek Tebatan Banjir secara Off-Budget (2023-2030).

KASA berkata, penangguhan sama turut melibatkan pengeluaran Surat Niat, Surat Pelawaan, Surat Setuju Terima (SST) dan sebarang bentuk rundingan dengan pihak kontraktor atau perunding termasuk Kerja-kerja Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat.  

“Segala perolehan juga ditangguhkan dalam tempoh kerajaan ‘caretaker’ dan keputusan itu dibuat selaras Mesyuarat Khas Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan Bil.1 Tahun 2022 pada 11 Oktober lalu.

“Selain itu, satu surat Pekeliling Kementerian Kewangan bertarikh 18 Oktober lalu turut dikeluarkan berkaitan “Pelaksanaan Perolehan Kerajaan Selaras Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker”,” katanya.

Katanya, pekeliling itu antara lain menetapkan, apa-apa komitmen kontraktual atau aku janji hendaklah dielakkan, termasuklah apa-apa rundingan atau aku janji baharu yang boleh mengikat dan membebankan serta memberi implikasi kewangan kepada kerajaan baharu,” katanya.

Jelasnya lagi, KASA sentiasa cakna dan patuh kepada peraturan yang berkaitan dalam tempoh kerajaan caretaker ini, justeru, kenyataan tersebut tidak berbangkit sama sekali dan hanya bersifat persepsi sahaja.

Sebelum ini, tular satu kenyataan berkenaan Kerajaan Caretaker tidak boleh membuat anugerah tender bertarikh semalam. 

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebelum ini menuntut penjelasan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung status projek kerja-kerja rancangan tebatan banjir Sungai Langat 2 bernilai RM2 bilion yang didakwa dalam proses mendapat kelulusan.

Beliau mendakwa, berdasarkan sumber dalaman, kementerian itu sedang dalam proses untuk menganugerahkan tender tersebut secara rundingan terus kepada sebuah syarikat sedangkan ia tidak boleh dibuat oleh kerajaan sementara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya