Presiden MIC ditentang enam calon di Sungai Siput

Presiden MIC ditentang enam calon di Sungai Siput

mic
S.A. VIGNESWARAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI SIPUT:  Presiden MIC, Tan Sri S. A Vigneswaran berdepan saingan  enam calon lawan dalam usaha merampas semula kerusi Parlimen Sungai Siput pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Vigneswaran, 57,  akan menentang penyandang kerusi itu, S. Kesavan, 47 daripada Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri G. Irudianathan, 56, calon mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Ahmad Fauzi Mohd Jaafar, 49, daripada parti Pejuang.

Tiga calon Bebas iaitu suri rumah, R. Indrani, 50; bekas Ketua Penerangan PN Sungai Siput, Baharudin Kamarudin, 63, dan ahli perniagaan, N. Rajah, 57. 

Seorang peniaga tempatan S. Nagalingam, 55, yang pernah dua kali bertanding kerusi sama membatalkan hasratnya pada saat akhir untuk bertanding kali ketiga.

Pada PRU14,  Kesavan menewaskan calon BN, Pas dan Parti Sosialis Malaysia (PSM)  dengan majoriti 5,607 undi.

Sementara itu, tiga calon akan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lintang dan empat calon bertanding di DUN Jalong.

Penyandang kerusi Lintang, Datuk Mohd Zolkafly Harun (BN) akan dicabar Ahmad Dazlie Osman (PN) dan Zaim Sidqi Zulkifli (PH).

Di DUN Jalong, penyandang Loh Sze Yee (PH) akan dicabar Datuk Naran Singh (PN), Jerry Pan (BN), R. Indrani (Bebas).

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Sungai Siput, Mohd. Azhar Alias mengumumkan senarai calon yang bertanding pada  pukul 11.30 pagi di Pusat Perbandaran Majlis Perbandaran Kuala Kangsar Cawangan Sungai Siput. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya