Poster calon BN Parlimen Kuala Langat disabotaj

Poster calon BN Parlimen Kuala Langat disabotaj

POSTER milik calon Barisan Nasional Parlimen Kuala Langat yang dipacak berhampiran simpang Pulau Carey dikhianati pihak tertentu semalam. -UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Poster milik calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Langat, M.Mohana dikhianati oleh pihak tertentu.

Menurut seorang penyokong BN di sini yang dikenali sebagai Ahmad Hussain, 50, pihaknya mengesan kesan perbuatan tersebut pagi semalam.

“Poster calon BN Parlimen Kuala Langat dirosakkan oleh pihak tertentu yang saya tidak pasti siapa.

“Semalam, poster ini masih elok berdiri di tempatnya. Pagi ini sudah tumbang dan poster dikoyak dengan alat yang tajam,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di simpang Pulau Carey.

Ahmad Hussain berkata, setakat ini pihaknya mengesan hanya poster tersebut yang ditumbangkan.

Katanya, kemungkinan kawasan lain turut mengalami perkara serupa di luar pengetahuannya.

“Saya hairan mengapa perkara ini terjadi semasa kempen hampir berakhir,”katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati poster milik parti lain turut dikhianati oleh pihak terbabit di kawasan tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya