Portugal akui bukan mudah tambat Uruguay

Portugal akui bukan mudah tambat Uruguay

(DARI kiri) pemain tengah Uruguay, Federico Valverde, Sergio Rochet, Luis Suarez dan Diego Godin dalam sesi latihan di Doha, semalam. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DOHA: Portugal akan mara ke pusingan kalah mati sekiranya dapat mengalahkan Uruguay yang disifatkan bukan mudah untuk dijinakkan.

Dalam misi yang dianggap bukan mudah buat Portugal, Uruguay mempunyai kelebihan berbekalkan rekod menjuara Piala Dunia pada 1930 dan 1950, selain kecekapan pemain mereka memahami dengan cepat strategi pasukan lawan.

Walaupun, penyerang sensasi Portugal, Cristiano Ronaldo berjaya mencuri tumpuan semasa menentang Ghana apabila menang 3-2 tetapi pasukannya masih kurang inspirasi dan banyak perkara lagi perlu dilakukan supaya prestasi buruk semasa Piala Dunia pada 2006 tidak berulang.

Uruguay walaupun semasa perlawanan pembukaan mereka menentang Korea Selatan tidak dapat menjaringkan sebarang gol tetapi permainan mereka lebih tersusun dan nampak lebih yakin di atas padang berbanding Portugal.

Kesemua lima gol yang dilakukan semasa perlawanan pembukaan Portugal dan Ghana menjelma dalam 25 minit terakhir.

Sedar akan kemampuan pemain-pemain Uruguay, jurulatih Portugal, Fernando Santos bagaimanapun tidak bimbang kerana yakin sudah menjumpai titik kelemahan mereka.

“Tidak ada apa yang saya bimbangkan kerana saya tahu kebolehan pemain saya sendiri, saya yakin mereka boleh beri yang terbaik.

“Saya 100 peratus yakin bahawa Portugal mampu menonjolkan kebolehan dan bermain lebih baik,” katanya.

Portugal yang kebiasaannya berjaya melepasi peringkat kumpulan Piala Dunia mungkin mahu mengelak daripada menghadapi detik sukar dalam perlawanan akhir iaitu Korea Selatan yang menamatkan juara bertahan, Jerman pada 2018.

Begitu juga, Uruguay sudah semestinya mahu mengelak daripada tewas di tangan Portugal untuk mengelak tekanan semasa menentang Ghana pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Uruguay ketika ini kelihatan berada di prestasi yang baik apabila Diego Alonso mengambil alih akhir tahun lalu dan mengubah pasukan mengikut kesesuaian, malah beliau juga mempunyai pemain-pemain hebat.

Benteng pertahanan Alonso kelihatan lebih kukuh semasa menentang Korea Selatan dan mempunyai kelebihan daripada segi penyerang seperti Luis Suarez, Edison Cavani dan juga penyerang muda daripada Liverpool, Darwin Nunez.

Alonso berkata, beliau sedar akan perlawanan sukar yang bakal dihadapi oleh anak-anak didiknya itu kerana ia akan menentukan siapa akan mendapat tiket ke peringkat seterusnya.

“Sudah semestinya perlawanan kedua ini adalah kunci yang sama seperti pertembungan ketiga di dalam peringkat kumpulan, ia akan menentukan sama ada kami layak atau tidak ke peringkat seterusnya,” ujarnya. – Agensi/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya