Polis KL kesan 4 kawasan 'panas’ PRU15

Cheras, Sentul, Wangsa Maju antara 4 kawasan ‘panas’ PRU15

POLIS kenal pasti empat kawasan panas sempena penamaan calon esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak empat kawasan ‘panas’ dikenal pasti Polis Kuala Lumpur terlibat kejadian perselisihan faham di sekitar ibu negara menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Kawasan berkenaan adalah dua di Cheras dan masing-masing di Sentul dan Wangsa Maju.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, selain itu, sebanyak 57 lokasi turut dikesan sering berlaku banjir kilat di ibu negara.

Kata beliau, persediaan rapi akan dilakukan bagi menangani bencana itu yang dijangka berlaku ketika PRU-15.

“Polis Kuala Lumpur mengenal pasti empat lokasi kes perselisihan faham dan pertengkaran mulut melibatkan dua komuniti berbeza yang berlaku dalam tempoh Januari hingga Oktober.

“Sebanyak 57 lokasi ‘panas’ banjir kilat di sekitar Kuala Lumpur dikenal pasti oleh Polis Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di mana masing-masing dengan 32 dan 25 lokasi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azmi berkata, persiapan rapi mengikut fungsi dan tugas dilakukan bersama agensi berkenaan agar tindakan pantas dapat diambil bagi menghadapi banjir kilat pada bila-bila masa termasuk semasa PRU15.

Pada masa sama, beliau menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang sepanjang tempoh PRU15.

“Polis Kuala Lumpur akan terus membuat pemantauan terhadap semua situasi yang boleh mencetuskan provokasi melampau serta mengganggu gugat ketenteraman awam.

“Polis Kuala Lumpur mengingatkan kepada semua yang terlibat semasa kempen pilihan raya supaya berhemah dan tertib, selari peraturan yang ditetapkan,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya