PN tawar enam agenda tambahan untuk Rembau - Utusan Malaysia

PN tawar enam agenda tambahan untuk Rembau

MOHD. Nazree Mohd. Yunus (kiri) memberi penjelasan berkaitan tawaran Rembau Maju Bersama kepada petugas pilihan raya PN di Bilik Gerakan PN Parlimen Rembau di Senawang dekat Seremban hari ini.-UTUSAN/NAZARUDIN SHAHARI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Calon Perikatan Nasional (PN), Mohd. Nazree Mohd. Yunus hari ini melancarkan manifesto tambahan bagi mengukuhkan peluang parti itu memenangi kerusi Parlimen Rembau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Tawaran itu yang dikenali sebagai Rembau Maju Bersama meliputi enam agenda berkaitan wanita, pelancongan, pendidikan, belia, budaya dan komuniti.

Mohd. Nazree berkata, tawaran itu dibuat selepas beliau dan pasukan kempen parti itu turun padang menemui orang ramai sejak hari penamaan calon pada 5 November lalu.

“Semasa turun padang orang ramai telah menyatakan pelbagai isu dan hasrat mereka yang memerlukan perhatian oleh kerajaan. Berikutan itu saya telah merangka manifesto tambahan ini khusus untuk Parlimen Rembau bagi memenuhi hasrat rakyat tersebut,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan PN Parlimen Rembau di Senawang dekat sini hari ini.

Menjelaskan lebih lanjut manifesto tambahan itu, kata Mohd. Nazree, pihaknya bercadang mendirikan Pusat Pemerkasaan Wanita Rembau, Pusat Pelancongan Eko Rembau dan Pusat Pengembangan Pendidikan Komuniti Rembau.

Tambahnya, selain itu pihaknya merancang mendirikan Pusat Kreativiti Pemuda Rembau, Perkampungan Budaya Rembau serta Pusat Integrasi Khidmat dan Bantuan Komuniti Rembau.

Beliau menarik perhatian, kesemua agenda itu akan dilaksanakan secepat mungkin sekiranya PN berjaya meraih kerusi Parlimen Rembau dalam pilihan raya umum, Sabtu ini.

“Kami berhasrat melaksanakan agenda ini secepat mungkin demi manfaat penduduk di Rembau. Ia tidak terlalu rumit malah munasabah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat,” ujarnya.

Mohd. Nazree akan berdepan saingan lima penjuru di Parlimen Rembau menentang Datuk Seri Mohamad Hasan (Barisan Nasional), Jufitri Joha (Pakatan Harapan), Ramly Awalludin (Parti Pejuang Tanahair) dan S. Tinagaran (Parti Sosialis Malaysia).-UTUSAN.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya