ARAU: Datuk Seri Shahidan Kassim jauh mendahului di Parlimen Arau dengan majoriti lebih 16,426 setakat pukul 11 malam ini.
Calon Perikatan Nasional (PN) itu memperoleh 22,260 undi; manakala Datuk Rozabil Abd. Rahman dari Barisan Nasional (BN) memperoleh 5,834 undi dan Fathin Amelina daripada Pakatan Harapan (PH) pula 4,922 undi.
PN juga mendahului di Parlimen Kangar apabila calonnya, Zakri Hassan memperolehi 4,406 undi dengan diikuti rapat Datuk Fathul Bari Mat Jahya (BN) dengan 3,042 undi manakala Noor Amin Ahmad daripada PH memperolehi 3,196 undi.
Datuk Zahida Zarik Khan daripada BN yang memperolehi 451 undi juga ketinggalan kepada calon PN, Rusydan Rusmi yang memperolehi 1,438 undi.- UTUSAN