PETALING JAYA: Malaysia dijangka membentuk kerajaan baharu melibatkan gabungan beberapa parti secara persetujuan bersama berikutan ketiadaan majoriti mudah, selaras titah yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, semalam. Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka turut menitahkan gabungan parti politik itu mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan sebagai Perdana Menteri. Beliau berkata, semua ketua parti dan gabungan politik yang mempunyai jumlah kerusi banyak perlu memaklumkan persetujuan penggabungan sesama mereka bagi pembentukan kerajaan yang baharu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya