PM merafak sembah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

PM merafak sembah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan ‘Dirgahayu Tuanku’ kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda, hari ini. 

Beliau turut mendoakan supaya baginda dalam keadaan sihat sejahtera mentadbir negeri dan rakyat Perak. 

“Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Tahun 2022. 

“Didoakan semoga Allah SWT melanjutkan usia Tuanku dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera mentadbir negeri serta rakyat jelata,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya