PKR bertanding sembilan kerusi DUN di Perlis

PKR bertanding sembilan kerusi DUN di Perlis

NURUL Izzah Anwar bergambar dengan calon-calon PKR di Perlis dalam majlis pengumuman calon di Pusat Operasi JPRN Keadilan Perlis, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: PKR Perlis mengumumkan calon-calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan bakal bertanding di sembilan kerusi iaitu pertambahan empat kerusi berbanding PRU14.

Pengumuman yang dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Nurul Izzah Anwar di Pusat Operasi JPRN Keadilan Perlis di sini menampilkan enam calon muka baharu dan tiga lagi mengekalkan penyandang kerusi.

PKR turut menampilkan calon paling muda berusia 23 tahun, Muhammad Syahmi Suhaimi juga merupakan mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (Unimap) di DUN Tambun Tulang iaitu kerusi kubu kuat Barisan Nasional (BN)

Nor Azam Karap bakal mempertahankan kerusi DUN Kuala Perlis, Gay Ay Ling kekal di Indera Kayangan dan Asrul Nizan Abd Jalil mempertahankan DUN Sena.

Lima lagi calon muka baharu masing-masing Natthavuth Seng di Chuping; Amran Kamarudin (Mata Ayer); Azhar Ameir (Pauh); Hasparizal Hassan (Guar Sanji) dan Amran Darus di Simpang Empat.

Empat kerusi baharu itu masing-masing di Mata Ayer, Pauh, Tambun Tulang dan Guar Sanji .

Nurul Izzah berkata, calon yang diketengahkan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk calon-calon muda.

“Kita berharap calon-calon yang diketengahkan itu terus bekerja keras mendekati rakyat bagi memastikan Perlis dapat ditawan. Momentum agak baik dan kita berharap pengundi yang layak keluar mengundi dalam PRU15,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya