Pindah kerusi Parlimen strategi kemenangan - Wan Saiful 

Pindah kerusi Parlimen strategi kemenangan – Wan Saiful 

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan keputusan berpindah kawasan Parlimen dari Pendang ke Tasek Gelugor adalah satu strategi untuk mengekalkan kemenangan PN di kerusi itu.

Wan Saiful yang juga Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, ia  juga adalah satu perkara biasa yang diamalkan parti-parti lain untuk memastikan kemenangan.

”Pergerakan pemimpin atasan parti adalah perkara biasa dan ia adalah satu strategi parti untuk mengekalkan kemenangan kerusi yang dimenangi sebelum ini.

”Keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan supaya saya bertanding di kerusi ini adalah satu amanah dan saya bertanggungjawab memastikan kemenangan kerusi ini,” katanya ketika ditemui pada majlis pengumuman dan pengenalan calon PN Pulau Pinang, di sini hari ini.

Pada PRU14, kerusi Parlimen Tasek Gelugor dimenangi calon UMNO, Datuk Shabudin Yahaya dengan majoriti tipis 81 undi. 

Bagaimanapun, Shabudin mengumumkan keluar daripada parti itu pada 14 Disember sebelum menyertai Bersatu pada 2019.

Pada PRU14 juga, Wan Saiful bertanding di kerusi Parlimen Pendang namun tewas kepada calon Pas, Datuk Awang Hashim.

Menurut Wan Saiful, banyak perkara yang perlu dipelajarinya di Tasek Gelugor dan setakat ini penerimaan pengundi terhadap kehadirannya di situ amat baik.

”Jentera Bersatu dan PN juga memberikan sokongan sepenuhnya kepada saya dan kita akan cuba pastikan kemenangan berpihak kepada PN di sini,” katanya.

Dalam pada itu, calon paling muda bagi PN Pulau Pinang iaitu  Muhammad Harris Idaham Abdul Rashid yang akan bertanding di kerusi Parlimen Balik Pulau berkata, dia akan diapit oleh dua calon senior dari parti-parti lain di kerusi berkenaan.

”Saya adalah seorang calon berusia 30 tahun dan tanggungjawab ini saya akan galas dengan sebaiknya malah saya juga yakin boleh menarik pengundi-pengundi muda untuk mengundi PN di kerusi Parlimen Balik Pulau,” katanya.

Sementara itu tambah beliau, ketika diminta mengulas mengenai akar umbi Bersatu Balik Pulau yang menentang pencalonannya, Muhammad Harris berkata, isu itu telah berakhir kerana semua pihak perlu menerima keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan PN.

”Tidak ada penentangan (pencalonan),  sebelum pengumuman memang masing-masing ada hasrat tetapi selepas umum, semua akur dengan keputusan parti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya