PH, BN belum ada kata putus, kurang sejam sebelum hantar SD - Utusan Malaysia

PH, BN belum ada kata putus, kurang sejam sebelum hantar SD

Antara gambar yang tular di media sosial mengenai perbincangan pimpinan PH dan N untuk membentuk kerajaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Gabungan parti politik kini mempunyai tempoh berbaki sejam untuk menghantar persetujuan pembentukan melalui akuan bersumpah (SD) kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun. 

Ia susulan titah Yang di-Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah semalam berikutan ketiadaan majoriti mudah. 

Ini kerana gabungan parti-parti politik perlu memaklumkan persetujuan pengabungan sesama mereka bagi pembentukan kerajaan dan mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan sebagai Perdana Menteri kepada Azhar Azizan selewat-lewatnya pukul 2 petang hari ini.

Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mendakwa mempunyai sejumlah sokongan yang mencukupi untuk membentuk Kerajaan Pusat. 

Namun, tumpuan kini terarah kepada Barisan Nasional (BN) yang dijangka menjadi penentu kepada pembentukan kerajaan pada penggal Parlimen kali ini. 

Setakat puku1 1.15 petang, pimpinanan BN dan PH belum selesai mengadakan perbincangan untuk mencapai persepakatan di sebuah hotel di ibu negara. – UTUSAN

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya